> >Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. > > > >Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang > >tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal. Kematian > >abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak > >yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar... kerja semua jejauh. Hidup > >ini seolah tiada erti... selamanie setiap suka duka... pasti telefon dan > >maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus > >dll... pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu > >terus berada di perak menemani mak yang terus menangis. > > > >Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah... > >ditelinga kirinya... dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya... > >ini adalah kali pertama aku melihat kematian... masih > >terbayang... abah memandang jauh kehadapan dan mata nya keatas... sambil > >mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang... semoga roh > >abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah > >lebih dari seratus orang... syukur abah dikebumikan dengan selamat. > > > >Sejam sebelum kematian... sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau > >nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh > >harga. Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah > >selera makan. Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. > >Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak > >payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat > >office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak > >clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad > >pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah. > > > >Apabila Izrail datang mengambil nyawa... kita takboleh mencepat atau > >mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa > >tu. Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan > >tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut > >mengucap dua kalimah syahadah. > > > >Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van > >jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 > >hari, pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama > >kali menjirus air mawar... semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga > >takkan jumpa abah lagi. > > > >Aku memandikan abah... memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika > >ditutup muka abah, aku mencium dahi... pipi kanan... pipi kiri... dan > >bangun... tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan > >kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. > >Semasa kecil aku selalu cium abah.Tetapi apabila dah besar sudah lama > >tidak mencium pipinya.Ya Allah... tuhan segala alam... aku dan abang > >mengangkat jenazahnya... dan mengebumikannya. Hati ini sayu mengenangkan > >pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata > >sayu... penglihatannya kosong... setelah 36 tahun hidup bersama ayah... > >kini tinggal seorang. > > > >selaku seorang anak... aku tahu bagaimana kasih seorang abah.Abah > >seorang pendiam... sabar.. dan alim... Jemaah masjid... bendahari > >masjid... dan > >pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selama ini tidak perna > >meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang sayang abah... > >cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya... Lainnya pula > >dengan emak... yang setiasa berterus terang... seringkali tidur di peha > >mak hingga ke hari ini. > > > >Kelmarin aku baca dairi abah. Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa > >yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya > >berkisar > >tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi > >abah catat... 18 February... shairizal beli kereta satria hijau 1.6... > >abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam > >1.00 pagi aku > >telefon dari KL... abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan > >anaknya. Abah catat shairizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok > >dll... Abah > >catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL... > >menangis kami semua bila baca dairi tue... Abah sayang anaknya... tak > >pernah tunjuk... sebab abah lebih suka mendiam > >dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya > >banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada > >kawan kampong abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup selalu cakap > >pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam > >korang". Tapi jauh disudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu > >fikir aku bukan anak yang baik. > > > >Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, > >bil, kedai dll memang semua tersusun... Aku terjumpa buku nota kuliah > >subuh abah yang terbaru... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang > >beriman sentiasa ingat kubur"... abah gariskan perkataan ingat kubur... > >dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk > >meninggal. Dan menyerahkan kepada ALlah untuk melepaskan seksaan di > >kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik... pantang anak saper > >pasti dia dukung... bawak berjalan... cucu-cucunya setiap kali balik > >pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada. > > > >Ya ALLAH... aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan... tanpa > >Abah.... baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi > >abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayanginya... abah > >meninggal 5hb... tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru > >masuk 10hb Ogos 2002. Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk > >majlis tahlil dan batu nisan untuk abah. > > > >Tok Imam ada cakap kat kami... "kubur ayah dikorek... pastu > >ditanam...tanahnya masih penuh kat tepi... terlebih tandanya seorang > >yang pemurah... sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus > >semula masih tak cukup tanah. "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun > >dah meninggal" "Abah kamu waktu dimandikan dah bersih... tak der kotor > >najis pun takder"... perkara itulah menyedapkan hati kami... untuk jadi > >seperti abah.... > > > >Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid... aku memulangkan semula duit > >masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira > >kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis... "Dulu abah > >kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tue"... > > > >Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau > >keje apa sekali pun.... > > > >Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku... Talkin > >buat abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah... ketahuilah > >kamu bahawa mati itu benar, kimata itu benar, Allah itu benar" dan kita > >yang hidup akan pergi juga... Lelaki berat tanggungjawabnya... suami > >menanggung dosa isteri dan anak-anak... isyaAllah selaku anak-anak kami > >telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk > >mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak > >juga seorang yang dan solehah... saya yakin Allah maha pengampun dan > >maha bijak sana dalam menentukan Al-Mizan... > > > >Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua... tapi > >sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak > >tenang hati teringat abah. > > > >Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada... jadikan > >iktibar... cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir. Dan curahkan kasih > >sayang tanpa selindung.Tunjukkan. > > > >Al-fatihah... > > > >Wassalam"