Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MAZMUMMAH DI DALAM HATI
somebody

Date:
MAZMUMMAH DI DALAM HATI
Permalink Closed


SEBAB-SEBAB  HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM  HATI.
 
Antara mazmummah utama yang menghilangkan  bahagia di  hati ialah :
 
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau  dilihat dan paling banyak di  dalam diri manusia. Orang seperti ini  jarangmendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
 
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat  mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa  mencari-caripeluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil  sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu.  Sebab itu orang pendendam  mudah kena sakit  jantung.
 
3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat  hasad dengkinya itu.
 
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang  lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.  Contohnyasentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang  diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
 
** Allah lebih sayang orang yang fasiq  tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana  walaupunfasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain  kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk
 yang  lain.
 
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan  yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia  iniibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak  abis jugak...lagipun org tamak   selalu rugi..
 
** Ingat ! yang dikatakan harta atau  rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna  iaitudisimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada  hak orang lain di situ)Biarlah rezeki itu sedikit tetapi  mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
 
6. Tidak sabar - andainya perkara yang  kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.  (oleh itubanyak2kanlah  bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time  kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas  meja..heh..heh..)
 
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia  membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat  ini pantang  tercabar  dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie  no komen)..pasal semua org ader  egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap  keegoan tersebut...
 
8. Riak - terseksa sendiri kerana  sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan  orang.Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,  ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita  riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
 
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita,  ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.  Berhartalahtidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada  harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa  anak ygsoleh/solehah...
 
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia"  kerana dunia   itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan  rebutan. Jadiletakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di  tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa  mati.
 
 
Kesimpulan
 
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya  bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,  musibah,kesibukan dllnya.  tetapi ialah  MAZMUMMAH.
 
****Makin tinggi mazmummah seseorang,  makin ia tidak BAHAGIA.****
 
Samada bermujahadah atau biarkan saja  mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya  bermujahadah kitaakan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.  Jadi..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai  kita terleka   dengan dunia ...buruklahh padahnya...
 

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard